Wednesday, July 8, 2009

DURIAN KUNYIT

CERITA DURIAN KUNYIT

Datang ke PRK Manek Urai banyak cerita "manis-manis". Nak pesan kopi, "Kopi Kurang Gula, nak pesan teh, Teh Kurang Manis, pesan minuman..... kurang manis. Malangnya, peniaga Kelantan tak nak dengar kurang manis...."Manis Somo". Eh, bagi puak-puak Kelantan, pesan minuman manis..... tambah Gula lagi. Makan Roti Canai... kari/dal tambah gula.
Tak apa le... tinggal pasal Manis Gula. manis turut memberi makna Mak We kat sini manis come.

Tinggal pasal Gula, kita ikuti Lambakan Durian Pilihan Raya manek Urai. Ada durian "Baqa/Baka", ada durian import dan ada durian Kunyit. Beza durian segi bulu atu duri, rasa, bentuk lain-lain.... orang sini tahu, kita tak tahu. Durian Kunyit agak kecil tetapi isi sedap... sedikit pahit menyenangkan lidah dan sedapnya pun sesuai dengan harganya. Sekilogram Durian Kunyit RM15 ke RM18. Sapa2 peniaga Durian Kunyit akan mati tertimbus dengan 'PITIS'....Kaya PRK. Pelanggan tak kisah dengan harga asalkan dapat rasa dan nikmati "Durian Kunyit"

Monday, July 6, 2009

DERMA UNTUK MANEK URAI

PRK Manek Urai menghimpunkan rakyat pelbagai kaum. Di sinilah juga bermulanya Kempen gagasan 1 MALAYSIA yang dibawa oleh PM Ke-6. Manek Urai akan menjadi medan dan gelanggang PIDATO, CERAMAH POLITIK , HABUAN JANJI MANIS, DERMA... ORANG YANG TAK PERNAH MENDERMA BOLEH TUNJUK MUKA DI DADA AKHBAR, TV dan paling kurang depan publik dan ambil gambar sendiri melalui telefon bimbit. Dermawan luar dan dalam kawasan manek Urai melimpah ruah ke sini, "PRK katakan".

Nah, jangan lupa.... umpat-mengumpat membasahi bibir kempener politik amat pasti. Tidak kira mereka ni pakai kopiah, ketayap, berkain pelekat, pakai tudung labuh, pakai skirt akan terbabit dengan pujukan dan bisikan syaitan. Yang paling teruk.... banyak waktu solat TERTINGGAL. Pakaian solat tak terjaga...gi musalah nak solat. Apa pun kena bersih pakaian tambah2 HATI 100% BERSIH.

APA AMBO NAK KIAS-KIAS DI SINI.....Peniaga makanan kemaruk dengan nafsu CEPAT KAYA. Harga makanan melambung naik. Kalau tak caya gi Manek Urai.... Nyamuk hisap darah satu keperluan tetapi Manusia Hisap Darah.... keluarga pontianak. Ingat kaya di dunia ... sekali hati berbisik harga tidak sepadan apa yang beli/bayar,REZEKI yang diperolehi PANAS. Ingat adik kaka, pak haji, mak haji dan tauke-tauke Manek Urai.

Terima Pitis Panas...????

Wednesday, June 10, 2009

TUMPUAN PRK MANEK URAI

Pemerhati, ahli dan bukan ahli politik berbicara panjang dengan untung nasib PRK Manek Urai. Parti manakah yang boleh menawan hati pengundi di DUN berkenaan BN-UMNO atau Pas.

Mata, telinga dan perasaan menerjah manek Urai. Orang cakap di kedai kopi, telinga pasang... mata buka dan tutup tak kira asalkan kita cuba-cuba dengan apa berita dari DUN Manek Urai. Manek Urai jadi popular dan mendapat perhatian semua orang khusus orang politikus.

Nah... kita kongsilah maklumat ini. Perjalanan ambo dari Kota Bharu ke Lipis dan berpatah balik ke Kota Bharu, bendera parti-parti sudah gah berkibar di jalan utama dan tempat tumpuan umum. Eh, parti Melayu lawan Parti melayu dan orang Melayu lawan orang Melayu. Pakat-Pakatlah " Bila lagi nak bersatu ". Harapan kita semua proses demokrasi wajar dipertahankan... jangan "gocoh" sesama Isle nanti Allah murka. Bagi pengundi pilih parti dan pemimpin yang boleh merubah AKAL.

Sunday, May 24, 2009

Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai?

UMNO (BN) dijangka akan meletakkan calon PR Kecil N.41 Manik Urai atas kematian allahyarhan YB Haji Ismail Yaacob (ADUN Pas) 22 Mei 2009. BN jangan tak tanding serupa Penanti, PPinang.

Jangan sampai Pengundi ternanti-nanti. Rekod PR Ke-11, BN menang 53 undi dan PRU ke-12 BN tewas 1352 pula. nah PR Kecil bagi 50/50.. lebih undi POS je lebih daripada cukup. Letak calon come. PAS pasti letak calon Ulama dan BN mesti Ulama juga yang pandai bersarah, punggung lekat di madarsah/masjid.

Kempen surau ke surau cukup nak tengok batang hidung atau "Jumpa Mata"

Eh... PR Kecil Ke?? Nak kempen dan pengkah sapa-sapa yang boleh bantu rakyat dan juga kerajaan yang boleh merubah infra rakyat.

Wednesday, May 20, 2009

Hindraf Tunjuk Taring

Pertubuhan Haram Hindraf akan membawa bencana terhadap negara dan merasakan mereka kelis undang-undang kerana di HAND mereka digenggam pengamal undang-undang. Perkasa dah bersuara, "Hindraf kumpulan kecil rakyat Malaysia yang rasa mereka hebat, mereka rasa jika dibakar pun tidak hangus, mereka rasa mereka kebal segi Undang Undang".

Toleh ke belakang dari mana asal kita? Bertindak biar berpada jangan sampai negara binasa.Nak buat protes jalanan akibatnya ISA. Jangan abe....keluar dari tahanan tak ada bahasa budi TQ, apa ni!!! Elak huru-harakan kedamaian.

Tuesday, May 19, 2009

Krisis Politik Perak

Politik samseng ???? Apa ni !!!!! Menteri Besar Sapa Sebenar????

MANA BANDAR?

Nak tinjau pendapat pelancong luar Bachok yang datang ke Bachok. Kata mereka yang baru tiba menjejakkan kaki ke Bachok.... mana sebenarnya BANDAR? Kita jawab ni lah bandarnya dua deret bangunan, sebuah stesen bas dan sebuiah pasar rojak terbuka . Pasar Rojak tu bagaimana.... Eh, di situ jual ikan, ayam, santan segera, sayur-sayuran, lambakan kuih muih dan di situlah juga gerai makan. Kebersihan..... nilai sendiri, MALU

GIGI EMAS

Cerita Orang KURA Pakai Gigi Emas dengan Bugis Pakai Cincin Emas Di jari-Jemari
Ceritanya gini, si Bugis nak tayang cincin bersusun dijari tanda KAYA kepada si Jawa.... TETAPI SI jAWA sinis selamba. Dengan spontan di Jawa tunjuk dia lebih KAYA, emas letak digigi. Si Bugis beredar tersipu-sipu.... rupa-rupanya ada orang lebih hebat.
Falsafahnya, jangan kita berlagak sombong ALLAH murka

PAS X PASS


Omm.... nak cari pemimpin profesional, yang naik pemimpin ULAMA. Ok lah tu. Bersidang wajib pakai serban. BARU Cakna

1 Julai Naik Pangkat


Eh.... Kumpulan Sokongan, dah 15 tahun dilantik tak naik-naik pangkat. MALAS duduk priksa. Kata Kerajaan kejam..... demo buta hati, buta mata, buta dungu

MATA JULING MENARIK


Mata juling seksi dan menarik... Tanya Pak Menteri

TUAK MASAM, TUAK BACHOK


Tuak masam baik untuk kesihatan, pilih tuan BACHOK