Monday, July 6, 2009

DERMA UNTUK MANEK URAI

PRK Manek Urai menghimpunkan rakyat pelbagai kaum. Di sinilah juga bermulanya Kempen gagasan 1 MALAYSIA yang dibawa oleh PM Ke-6. Manek Urai akan menjadi medan dan gelanggang PIDATO, CERAMAH POLITIK , HABUAN JANJI MANIS, DERMA... ORANG YANG TAK PERNAH MENDERMA BOLEH TUNJUK MUKA DI DADA AKHBAR, TV dan paling kurang depan publik dan ambil gambar sendiri melalui telefon bimbit. Dermawan luar dan dalam kawasan manek Urai melimpah ruah ke sini, "PRK katakan".

Nah, jangan lupa.... umpat-mengumpat membasahi bibir kempener politik amat pasti. Tidak kira mereka ni pakai kopiah, ketayap, berkain pelekat, pakai tudung labuh, pakai skirt akan terbabit dengan pujukan dan bisikan syaitan. Yang paling teruk.... banyak waktu solat TERTINGGAL. Pakaian solat tak terjaga...gi musalah nak solat. Apa pun kena bersih pakaian tambah2 HATI 100% BERSIH.

APA AMBO NAK KIAS-KIAS DI SINI.....Peniaga makanan kemaruk dengan nafsu CEPAT KAYA. Harga makanan melambung naik. Kalau tak caya gi Manek Urai.... Nyamuk hisap darah satu keperluan tetapi Manusia Hisap Darah.... keluarga pontianak. Ingat kaya di dunia ... sekali hati berbisik harga tidak sepadan apa yang beli/bayar,REZEKI yang diperolehi PANAS. Ingat adik kaka, pak haji, mak haji dan tauke-tauke Manek Urai.

Terima Pitis Panas...????

1 comment: