Wednesday, June 10, 2009

TUMPUAN PRK MANEK URAI

Pemerhati, ahli dan bukan ahli politik berbicara panjang dengan untung nasib PRK Manek Urai. Parti manakah yang boleh menawan hati pengundi di DUN berkenaan BN-UMNO atau Pas.

Mata, telinga dan perasaan menerjah manek Urai. Orang cakap di kedai kopi, telinga pasang... mata buka dan tutup tak kira asalkan kita cuba-cuba dengan apa berita dari DUN Manek Urai. Manek Urai jadi popular dan mendapat perhatian semua orang khusus orang politikus.

Nah... kita kongsilah maklumat ini. Perjalanan ambo dari Kota Bharu ke Lipis dan berpatah balik ke Kota Bharu, bendera parti-parti sudah gah berkibar di jalan utama dan tempat tumpuan umum. Eh, parti Melayu lawan Parti melayu dan orang Melayu lawan orang Melayu. Pakat-Pakatlah " Bila lagi nak bersatu ". Harapan kita semua proses demokrasi wajar dipertahankan... jangan "gocoh" sesama Isle nanti Allah murka. Bagi pengundi pilih parti dan pemimpin yang boleh merubah AKAL.

No comments:

Post a Comment